PIJ Manufacturing sasar jualan RM2j tahun depan
12 Dec 2017 | Berita Harian Online
SHAH ALAM: PIJ Manufacturing Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan PIJ
Holdings Sdn Bhd menyasarkan jualan RM2 juta bagi tiga produk berasaskan
aloe vera jenama Aloeshafy pada tahun hadapan.
Pengarahnya,
Sharifah Suziana Syed Ali, berkata tiga produk Aloeshafy adalah jus
aloe vera, gel badan aloe dan set kecantikan dan penjagaan wajah yang
terdiri daripada pencuci muka, penyembur muka dan gel pelembab muka.
"Produk
Aloesyafy diperbuat daripada pati aloe vera Barbadensis Miller iaitu
spesis aloe vera yang terbaik dunia. Tambahan pula, ia ditanam di ladang
berstatus MyOrganic di Bio Desaru.
"PIJ Manufacturing juga
adalah syarikat pertama dan peneraju dalam pengeluaran pati aloe vera
di negara ini kerana kita menanam, menuai, mengekstrak dan memproses
hasil tumbuhan berkenaan sebelum mengedarkannya ke pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Produk Aloeshafy di Ruang Event Space, di sini, hari ini.
Yang
turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PIJ Manufacturing Sdn Bhd,
Rozan Mohd Sa'at; Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ), Zulkiflee
Abbas dan Pengurus Besar Syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd, Abdul
Rashid Ismail.
Sharifah Suziana berkata, polisi keselamatan
makanan serta kualiti produk menjadi keutamaan dan produk Aloeshafy
mendapat akreditasi penting pengilangan iaitu IS0 22000: 2005, Analisis
Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP),
pensijilan Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
"Kami
mula menanam aloe vera pada tahun 2012 di ladang organik seluas 48.5
hektar (120 ekar). Pada tahun 2015, percubaan pengeluaran pertama
berjaya dilaksanakan dan pada awal tahun ini, kami mendapat semua
akreditasi pengilangan," katanya.
Sharifah Suziana berkata,
produk Aloeshafy dijual menggunakan kaedah ejen atau 'dropshiper' dan
laman jualan atas talian menerusi LAZADA pada harga serendah RM39.90
hingga RM160.
Katanya, selain menumpukan jualan produk
dalam negara, PIJ Manufacturing juga akan menembusi pasaran luar negara
seperti Singapura dan Brune
Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/12/362479/pij-manufacturing-sasar-jualan-rm2j-tahun-depan
Back to News List