PIJ pasarkan produk aloe vera

14 Dec 2017 | Sinar Harian Online

  PIJ pasarkan produk aloe vera

Wartawan Sinar Harian


PIJ
Manufacturing Sdn Bhd (PIJ Manufacturing), anak syarikat milik penuh PIJ Holdings Sdn Bhd, menyasarkan untuk mencapai jualan sehingga RM2 juta bagi produk ekstrak aloe veranya iaitu Aloeshafy tahun hadapan.

Pengarah PIJ Manufacturing, Sharifah Suziana Syed Ali berkata, biarpun baharu dilancarkan, pihaknya yakin produk pertamanya itu capai sasaran dengan cara pemasaran melalui ejen dan stokis berdaftar.

“Untuk permulaan ini, kami fokus pada pasaran tempatan sebelum melangkah lebih lagi bagi meluaskan pasaran ke luar negara.

“Kami akui sudah ada permintaan untuk pasaran luar terutama apabila kami melakukan ekspo dan percubaan produk beberapa bulan lalu, tetapi kami akan lakukannya mengikut peringkat,” katanya.

Katanya, pelancaran produk Aloeshafy itu menjadikan syarikat yang pertama negara mengeluarkan ekstrak aloe vera ke pasaran tempatan dan luar negara.

“Kami memperkenalkan tiga produk baru Aloeshafy iaitu Jus Aloe Vera, siri produk kecantikan kulit Aloe Body Gel dan Beauty Set, di mana kesemua produk ini bantu kesihatan dalaman dan juga luaran.

“Harga Aloeshafy ini serendah RM59 sehingga RM160,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/pij-pasarkan-produk-aloe-vera-1.770108

Back to News List